Saturday, January 8, 2011

first entry and it will never be the last..

selamat malam,salam satu malaysia..
nampaknya hari ini bermulalah dunia blog seorang insan yg putus fius bernama hidayah sofia,dengan awan yang sedikit mendung malam nie,mmg aku not in a right mood actually,tapi saja nak menulis..
suka aku nak bercerita pasal kisah suka duka hidup aku,aku xpeduli ada orang suka atau tak kerana bagi aku setiap insan mempunyai hak untuk berkarya dan bagi aku,karya adalah cetusan daripada setiap bibit perkataan yang aku taip,ketika jari aku menari di atas keyboard,bila aku menggelengkan kepala sambil menekan kekunci backspace bilamana aku khilaf menaip,dan apabila aku tersenyum sendiri tatkala membaca kembali setiap baris ayat yang telah aku lakarkan..


begitu juga dengan kehidupan,istilah yang berbeza dengan signifikan yang sama,bagaimana kita menari dalam dunia yang kita lakarkan sendiri,dengan pelbagai cabang pilihan yang kadang-kadang membuatkan kita buta dalam memilih,dengan wajah kecewa sambil menggelengkan kepala apabila kita melakukan kesalahan atau kita tidak berjaya menggenggam harapan yang kita ingini,namun xmengapa,walaupun kita tak diberikan backspace untuk membetulkan kesalahn kita,tapi kita diberikan peluang kedua apabila kita masih berkesempatan melihat mentari terbit di waktu pagi,melihat burung berterbangan di ruang angkasa raya,melihat anak kecil menangis dengan tangisan comel mereka apabila tidak diberikan gula2,dan bermacam lagi keajaiban ke-8 di dunia dengan pesanan agar kita tidak mengulangi kesalahan yang sama..

ketika seorang tua diturunkan ke liang lahad diiring tangisan anak cucu dan isteri,akan ada seorang bayi yang masih merah turut menangis disambut oleh doktor di dewan2 bersalin,kedua2 situasi ini diiringi tangisan yang sama tapi perasaan yang berbeza,satu sedih dan satu lagi tangisan kegembiraan,begitu juga dengan seseorang itu,ketika dia tertawa,tidak semestinya hatinya turut bergembira,kerana manusia punya perasaan yang tidak bisa ditelah oleh sesiapa,jadilah manusia yang menatap manusia lain terutama mereka yang bergelar sahabat dengan pandangan mata hati nescaya sayangnya sahabat itu akan kekal sampat bila2..

setiap benda yang bermula akan tetap berakhir,begitu juga ,begitu juga dengan tulisan aku nie,jemari makin penat,mata kian layu digayut oleh setan,setakat ini dulu,

salam mentari bakalan terbit esok dunia..nyte semua!!:)

No comments:

Post a Comment